SMK Bintulu
Laman Utama Profil Sekolah Pentadbiran Sekolah Hal Ehwal Murid Info Laman Utama Laman Utama

Pengenalan SMK Bintulu

Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu telah bertapak sejak tahun 1962, dengan nama asalnya adalah Bintulu Government Secondary School (BGSS). Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai di Malaysia. Sebagai sebuah sekolah menengah yang utama di bandar Bintulu, sekolah ini telah banyak berbakti dalam melahirkan golongan terpelajar dari daerah ini. Kini, setelah lebih 50 tahun, sekolah ini terus dengan misi dan visinya yang baru ke arah melahirkan mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.

Visi sekolah :

BINTULU GEMILANG BERWATAK

Misi Sekolah :
SMK BINTULU BERTEKAD MEMBERI SUMBANGAN POSITIF DALAM PROSES MEMANTAPKAN PEMBINAAN INSAN DENGAN  MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PELAJARAN BERMUTU KEPADA SETIAP PELAJARNYA TANPA MENGIRA PERBEZAAN DARI SEGI KEUPAYAAN DAN KETURUNAN.

7 Langkah Stategik :

  • BETULKAN YANG BIASA
  • BIASAKAN DENGAN YANG BETUL
  • AMALKAN PENINGKATAN KUALITI PELAJARAN
  • PERLUASKAN DAN PERKEMBANGKAN KEUPAYAAN
  • PEMBESTARIAN BERTERUSAN
  • PRINSIP KERJA XPLUS : EXCELLENCE(Pengetahuan+Latihan +Usaha+Semangat Sepasukan)
  • AMALKAN KERJA HIGH SPEED HIGH IMPACT

Matlamat Sekolah

  • MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA SEMUA PELAJAR SUPAYA SEBILANGAN BESAR BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN USAHA KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.
  • MENYEDIAKAN  STRUKTUR DAN PENTAS SERTA PELUANG DAN RUANG YANG BERUPAYA MENGEMBANGKAN BAKAT INDIVIDU PELAJAR MENGIKUT KEUPAYAAN MASING-MASING DAN JUGA MELAHIRKAN SUASANA PERSAINGAN KOLABOLATIF YANG SIHAT ANTARA PELAJAR.
  • MENAMBAHBAIK PEDAGOGI SISTEMATIK SEKOLAH DEMI MENINGKATKAN PROFESIONALISME STAF DAN KECEMERLANGAN PRESTASI PELAJAR.
  • MEMBANGUNKAN SEBUAH SEKOLAH BERWATAK MELALUI PENCAPAIAN SEIMBANG YANG CEMERLANG DALAM BIDANG  KURIKULUM, KOKURIKULUM, SAHSIAH PELAJAR DAN 3K SEKOLAH.
  • MEMBINA IMEJ SEKOLAH SEBAGAI SEKOLAH BERKESAN BERTERASKAN PERKEMBANGAN BUDAYA PENDIDIKAN CEMERLANG DI SEKOLAH.

Sejarah Sekolah

Nama asal SMK Bintulu ialah Bintulu Government Secondary School (BGSS)

1962

SMK Bintulu telah dibina dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan New Zealand di bawah rancangan Colombo.

    • Pengetua Pertama : Encik Matnor Munir.

1964

SMK Bintulu dipindahkan dari tapak asal (Bangunan Kerajaan berdekatan dengan Poliklinik) ke tapak sekarang.

    • Bangunan baru telah dibina (Stor buku, 8 buah asrama, dewan makan,  dapur, perpustakaan, bilik ping pong, makmal 1 dan makmal 2.

1966

Pembinaan kelas 2E – 2G.

1968

Pembinaan makmal domestik, blok kelas dan asrama kesembilan.

1970

Makmal ketiga siap dibina.

1971

Rumah guru telah siap dibina dan bilik guru 1 mula digunakan.

1971

Sebidang tanah seluas 3.45 ekar diberikan kepada SMK Bintulu untuk pembesaran dan pembinaan semula bangunan SMK Bintulu selepas kebakaran berlaku di blok pentadbiran dan bilik guru.

1972

Blok kelas tingkatan 3, 4 dan 5 telah dibina beserta asrama kesepuluh. Tangki air yang berkualiti juga siap didirikan

1974

Pembinaan kediaman guru dan pejabat am telah disiapkan

1976

Tiga buah tandas dan asramaguru yang baharu telah siap dibangunkan. Gelanggang bola jaring juga siap dibina.

1984

Projek pembangunan semula SMK Bintulu mula dijalankan dalam empat fasa.

1989

Bangunan KBSM yang dikenali sebagai Blok D telah dibina.

1991

Koperasi SMK Bintulu telah ditubuhkan hasil cetusan idea beberapa orang guru yang diketuai oleh Pengetua Nicholas Ugul.

1992

PIBG SMK Bintulu ditubuhkan oleh Encik Jolin Antau Yang ( YDP Pertama).

1995

Projek pembinaan pintu gerbang dan laluan berbumbung siap dibina hasil daripada projek “Mini Raffles”.

2003

Disember 2003 projek makmal komputer telah siap dibina.

RSS Kementerian

Sitemap

Pautan Pautan Pautan

Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN Sarawak

Jabatan Akauntan Negara

SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)

1Bestarinet

IPTA

SAPS

SSQS

STS

SPPBS

MPM

LPM

E-Operasi

e-GTUKAR

HRMIS

facebook smk bintulu Facebook
facebook smk bintulu Twitter
facebook smk bintulu Youtube
galeri galeri galeri galeri
galeri galeri galeri galeri
SMK Bintulu
Hakcipta terpelihara © SMK Bintulu 2024
Web designed by UNIT ICT SMK BINTULU

Panafian

SMK Bintulu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.